zahirahnoor@um.edu.my

Exhibition 2020

NEW EXHIBITIONS / EVENTS OF 2020

Title: PAMERAN UKIRAN KAYU: LAKARAN KHAZANAH ALAM

(Koleksi Tetap Ukiran Kayu Muzium Seni Asia)

Exhibition Date: MCO

KOLEKSI MUZIUM SENI ASIA

Nilai seni khazanah warisan Melayu bukan sekadar terletak pada lambang estetika dan kehalusan penghasilannya tetapi juga perlu diberi penekanan terhadap falsafah disebaliknya. Malah falsafah bagi setiap hasil seni berkenaan memiliki maksud tersendiri yang dipengaruhi tiga aspek kehidupan masyarakat ketika itu iaitu; sebagai lambang status, kepercayaan dan kebudayaan.

Sebagai contoh, status seseorang dalam masyarakat dapat dilihat melalui penerapan nilai seni ukiran dalam seni bina Melayu seperti istana, rumah dan masjid selain peralatan dan perhiasan diri. Norazit (2001) menyatakan semakin banyak seni ukiran kayu dalam sesebuah rumah, semakin tinggi status tuannya. 

Oleh itu, melihat keindahan dan falsafah di sebalik seni ukiran ini, muzium sangat bertuah kerana memiliki sejumlah koleksi seni rupa ini dalam simpanannya.

Antara yang terdapat dalam simpanan muzium kebanyakannya untuk kegunaan harian seperti utensil peralatan rumahtangga dan permainan misalannya; sudip/senduk, acuan putu, pemerah tebu, kukuran, gobek api, congkak dan rehal. Peralatan senjata seperti hulu keris, badik, parang selain peralatan berasaskan seni bina seperti mimbar masjid tradisional, pintu gerbang, panel ukiran kayu dan bangau perahu. Turut tersimpan rapi di dalam koleksi muzium adalah  topeng masyarakat orang asli Semenanjung Malaysia, dan sebagainya.   

Salah satu sudut pameran ukiran kayu koleksi muzium

    

Permainan tradisi congkak                             Kukuran Jantan, Motif awan larat,                 Dinding (Panel) Jandaria. 

Sebahagian koleksi ukiran kayu berasaskan pertanian dan harian

    

Jebak puyuh                                                   Kotak senjata berukir                                      Gobek api

--------------------------------------------------------------------------------------------------@----------------------------------------------------------------------------------------------

Title: SENI DI SEBALIK TIRAI

(Collaboration event with Malaysian Prison Department (MyPride) and Department of Visual Culture Studies, UiTM Puncak Alam)

Exhibition Date: 11- 31st January 2020

  

  


CONTACT US:
Museum of Asian Art
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Tel  : 603- 7967 3805 / 7967 3936 /

         7967 3849

Fax : 603- 7967 3985
e-mail : zahirahnoor@um.edu.my
            azizras@um.edu.my