• MUSEUM OF ASIAN ART & ART GALLERY
  • muzium@um.edu.my
logo
logo

Dewangga Hizam al-Kaabah


Terjemahan Ayat:

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Surah Al-Baqarah; Ayat 128

Kiswah ( Kaabah cover)

Khat Thuluth

Hadiah daripada Kedutaan Arab Saudi

Lembaran kiswah atau kain/tirai yang digunakan untuk menutup dinding Kaabah di Mekah. Ia adalah sebahagian daripada kain asal yang berukuran 658 meter persegi panjang. Tertera di atasnya petikan tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam timbul menggunakan benang emas dan juga perak di atas kain sutera hitam. Saban tahun, kiswah diganti baru sebelum menjelangnya musim haji, manakala kiswah lama dikatakan akan dipotong kepada cebisan kecil dan diberikan kepada individu tertentu, pelawat asing Islam, para pembesar dan juga organisasi sebagai barakah (rahmat). Khalifah Umar bin al-Khatab dikatakan memotongnya dan mengedarkannya kepada jemaah haji untuk berlindung dari kepanasan ketika berada di Mekah.


Last Update: 25/02/2022