zahirahnoor@um.edu.my

PHOTO JOURNAL

LEDAKAN BOM ATOM DI MUZIUM SENI ASIA

“Apabila membalikkan mayat tersebut, saya jadi sangat takut kerana cebisan kulit mayat melekat pada tangan saya”.

“Banyak mayat bergelimpangan, dengan kepala di dalam sungai, seolah mencari minuman, dan kelihatan juga mayat wanita yang kepalanya hancur sambal tangannya mengendong seorang bayi yang tidak bernyawa lagi’.

Demikian serba sedikit gambaran keadaan selepas ledakan bom atom yang diceritakan kembali salah seorang hibakusha (mangsa bom atom) Encik Tsuka Watanabe sempena Pameran Malapetaka Bom Atom: Tragedi Nagasaki Hiroshima 1945 yang berlangsung di Muzium Seni Asia pada 2009.

Kali ini throwback sebuah pameran yang cukup istimewa bukan sahaja kerana sambutan yang diterima cukup luar biasa, tetapi telah mencipta 1001 pengalaman cukup manis lagi berharga. Boleh juga dikatakan satu pameran penuh emosi dengan mengangkat tema isu sejagat dan kemanusiaan pendek kata sesuatu yang belum pernah ditampilkan muzium sebelum ini.

Malapetaka Bom Atom: Tragedi Nagasaki Hiroshima 1945 adalah pameran yang memperlihatkan sisi kemusnahan dan ketidakperimanusiaan ketika era Perang Dunia ke-2 yang sehingga kini impaknya masih dapat dilihat walaupun peristiwa bersejarah itu telah berlaku lebih 50 tahun lalu.

Pameran yang bermula dari 20 Ogos sehingga  31 Oktober 2009 dan kemudiannya dilanjutkan sehingga 15 November atas permintaan ramai ini merupakan kerjasama antara Muzium Seni Asia dan Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti  Malaya bersama pihak Nagasaki Foundation for the Promotion of Peace (NFPP). NFPP telah ditubuhkan oleh kerajaan Jepun untuk memperingati tragedi malapetaka dan kemusnahan akibat ledakan bom atom di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Dalam masa yang sama ia turut berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan antarabangsa melalui kempen, poster, ceramah dan pameran sebegini akan bahaya ancaman bom nuklear kepada dunia.

      

Suasana sebahagian rombongan pelawat mengikuti siri syarahan disampaikan oleh hibakusha

Sepanjang tempoh pameran hampir sebulan, pelawat dapat merasai sendiri situasi kesan peperangan yang dirasai oleh mangsa ledakan bom atom dimana kesan peninggalan tragedy tersebut dihimpunkan untuk tatapan. Antara bahan pameran disediakan adalah info/panel bergambar, tayangan video, bahan artifak kesan bom atom seperti pakaian seragam, peralatan rumah seperti botol, atap rumah yang mencair, kesan terbakar dan sebagainya.

Antara pengisian lain sepanjang pameran selain beberapa siri syarahan daripada hibakusha adalah,  pembuatan seni origami yang juga berkait rapat dengan hibakusha (simbolik), ruang khas mesej keamanan dan syarahan berhubung penggunaan teknologi nuklear. Menariknya mesej keamanan yang ditinggalkan oleh pelawat telah dihantar ke NFPP di Jepun untuk disimpan di sana selama 10 tahun.

            

Encik Watanabe menyampaikan pengalaman beliau          Datuk Abdul RAzak turut dijemput ketika majlis perasmian

Mungkin tidak ramai tahu bahawa ketika berlakunya tragedi ini, terdapat beberapa pelajar  Malaysia berada di sana antaranya  Datuk Abdul Razak yang juga turut hadir menceritakan kembali peristiwa tersebut dan bagaimana beliau terselamat.

Muzium cukup berbangga dapat bekerjasama dengan pihak NFPP menganjurkan pameran berskala besar ini dan menjadi negara pertama di rantau Asia menganjurkannya di luar Jepun selepas negara Sepanyol pada 2005, 2006 di Perancis, 2007 di Amerika Syarikat dan 2008 di Belgium.

    

    

    

FAKTA MENARIK

  1. NFPP memilih Malaysia sebagai negara ke-5 menganjurkan pameran ini di luar Jepun.
  2. Berjaya menarik hampir 10 ribu pelawat sepanjang pameran terutama dari kalangan pelajar sekolah
  3. Diceritakan pengalaman sendiri  oleh a bomb sourvivor atau hibakusha
  4. Ledakan pertama di bandaraya Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan 9 Ogos di Hiroshima tepat jam 11.02 pagi.
  5. Memusnahkan keseluruhan bandar dan mengorbankan hampir 200 ribu nyawa penduduk dan beratus ribu orang cedera akibat sinaran bom.
  6. Sasaran utama adalah bandar Kokura, bagaimanapun kerana masalah teknikal bom atom tersebut dijatuhkan di Nagasaki.  
  7. Kapal terbang pengebom B29 digunakan dikenali sebagai ‘Bockscar’
  8. Seorang rakyat Malaysia terselamat dalam tragedy tersebut

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

VOLUNTEERISM @ MUZIUM SENI ASIA

   

TEKUN.... sukarelawan sedang lakukan measurement dan condition report koleksi kain limar

Bermula semester pengajian tahun lalu, Muzium Seni Asia telah menerima beberapa kumpulan pelajar yang berminat memilih muzium ini bagi menjalani tugas sukarelawan. Pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai bidang antaranya daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Undan-Undang dan Akademi Pengajian Melayu.

Muzium difahamkan Volunteerism (GKS 1001) ini merupakan subjek baru yang ditawarkan oleh pihak HEP, di mana setiap pelajar yang mengikutinya perlu menjalani tugasan sukarelawan di mana-mana organisasi atau sebagainya.

Untuk pengambilan pertama ini, pihak muzium telah menetapkan beberapa tugasan kepada kumpulan tersebut  bagi membantu melancarkan kerja-kerja pemuziuman dan secara tidak langsung turut mendedahkan kepada pelajar bagaimana sesuatu muzium itu berfungsi dan merasai the real field. Bagi tujuan keselamatan setiap kumpulan hanya terhad kepada beberapa pelajar sahaja.

   

KOMITED...sukarelawan membantu tenaga pengajar untuk aktiviti yang dijalankan di muzium

Pelajar tersebut dibahagikan kepada tugasan konservasi koleksi seperti; stock checking menyediakan condition report koleksi tekstil, penyusuan koleksi seramik dan etnografi Melayu, kumpulan pemasaran dan promosi menerusi media social dan juga urusan penganjuran aktiviti ataupun pameran.

Antara dapatannya muzium dapat mengemaskini tesktil jenis limar yang berjumlah 63 helaian yang terdiri daripada beberapa jenis seperti limar bersongket, tenggarun, berayat dan limar biasa.

Laporan

Kurator Kanan

Muzium Seni Asia

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------@--------------------------------------------------------------------------------------------

PORSELIN ZHANGZOW @ SWATOW, DINASTI  MING

Porselin Swatow mendapat nama sempena nama tempat penghasilannya di Zhangzow (Swatow) yang terletak di bahagian Tenggara China di daerah Kwantung. Nama tersebut diberi oleh para pedagang China sendiri. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan bahawa porselin biru dan putih jenis ini telah diusahakan secara persendirian oleh individu-individu tertentu dari Zhejiang, Fujian dan Guangdong pada zaman awal penghasilannya. Menurut Syarikat Hindia Timur Belanda pula, Sungai Chincheuw merupakan kawasan asal penghasilan porselin jenis ini. Sungai Chincheuw bermaksud ‘Peraiaran Fukien’. Antara beberapa pelabuhan yang terdapat di kawasan ini ialah Chang-Chou, Ch’uan-Chou dan di sepanjang kepulauan Quemoy dan Amoy.

Lokasi dapur pembakarannya atau dikenali sebagai tapak tanur tidak jelas diperkatakan walaupun para penyelidik telah mengesahkan bahawa porselin ini tidak dihasilkan di Swatow dan kawasan yang berdekatan dengannya. Swatow mula dihasilkan bermula pada pertengahan abad 16 sehinggalah tempoh akhir pemerintahan Dinasti Ming. India, Jepun dan Kepulauan Indonesia merupakan kawasan eksport  porselin Swatow kerana tempat penghasilannya di bahagian timur China. Rekaan porselin yang menarik yang terdapat ciri-ciri motif hiasan yang realistik serta dilakukan secara spontan telah menyebabkan ia sangat terkenal dan menjadikannya satu bahan permintaan yang tinggi di pasaran luar. Sebagai perincian, ciri-ciri porselin Swatow ialah bersaiz besar, kasar dan terdapat bekas-bekas kotoran di bahagian pinggan atau mangkuk dalam penghasilannya. Kebiasaannya, porselin Swatow dalam bentuk mangkuk dan kendi, berwarna biru kusam berglais, dan terdapat pasir yang melekat di bahagian dasar atau bawah. Antara motif hiasan yang terdapat dalam porselin Swatow ialah gambar ketam, badak sumbu, rusa, itik, udang lobster, naga, burung phoenix (fe’ng-huang)dan juga pemandangan.

Terdapat juga unsur-unsur pengaruh barat dalam corak hiasan terutamanya dari aspek hiasan seperti gambar kapal Eropah dari Portugis dan Belanda. Selain itu, unsur-unsur pengaruh Islam ditonjolkan dalam penghasilan porselin untuk dieksport ke pasaran sebelah timur seperti tulisan ayat Al-Quran pada bahagian luar dan dalam badan porselin Swatow ini. Disebabkan penghasilan porselin ini dipelbagaikan  dengan unsur-unsur negara lain ia telah menjadikan porselin ini mendapat permintaan yang menggalakkan di pasaran luar. Kemerosotan penghasilan porselin Swatow seiring dengan zaman kejatuhan dinasti Ming iaitu pada abad ke 17 Masihi semasa zaman pemerintahan Maharaja Wan-Li tahun 1537-1619. Walaupun pada ketika itu tempahan porselin sangat menggalakkan iaitu beribu-ribu setahun namun terdapat kelemahan kualiti dan sentuhan artistik dalam penghasilannya. Hal ini berlaku disebabkan kesukaran memperolehi kobalt import serta tanah liat yang bermutu tinggi.

Semasa zaman pemerintahan Maharaja T’ien Chi (1621-1627) dan Chung Cheng (1628-1645) iaitu zaman pemerintahan dinasti Ming terakhir, perusahaan porselin biru dan putih mengalami kejatuhan. Perindustrian porselin biru dan putih ketika itu mendapat saingan daripada perusahaan porselin dari Jepun. Hal ini disebabkan kebanyakan perindustrian porselin Swatow telah diambil alih oleh orang perseorangan di bahagian perairan tenggara pelabuhan China selatan dan tapak tanur Jingdezhen.

Rujukan:

 1) D.F. Lunsingh Scheurleer, Chinese export porcelain, Faber and Faber Limited, 3 Queen Square, London.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyusunan Dokumen Resmi Muzium dan Galeri Universiti Malaya

Sejumlah dokumen berkaitan kaedah dan pertauran melaksanakan kerja di muzium telah diselaraskan. Salah satu prosedur kerja ini dinamakan sebagai Arahan Kerja. Proses dan dokumen ini di kawal selia oleh satu unit yang sangat berpengaruh iaitu QMEC.

Untuk membolehkan prosedur dan proses kerja ini didaftar dan seterusnya diterima pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan, ianya bukanlah mudah. Pembentangan di peringkat jabatan, PTj, Jawatan Kuasa Kualiti sehinggalah dikemukakan kepada Pengurusan Universiti, memerlukan penyelidikan, pemurnian dan sebagainya.

Ada 12 Arahan kerja yang telah diwujudkan, sedang di ‘streamline’kan supaya tidak terlalu banyak AK.

Antara arahan kerja (AK) yang sedang diteliti dan dimurnikan ialah AK Perolehan, Pameran, Inventori, Penerbitan, Penyimpanan dan Pendidikan.

Mudah-mudahan pihak kami di muzium dapat mencapai sasaran menyusun dokumen kerja resmi nya dalam masa terdekat (dalam masa 3 bulan). Mampukah?   

Seperti lazimnya, pelajar-pelajar yang ingin bertemu dan mendapatkan info lanjut tentang pemuziuman, akan saya minta terlebih dahulu senarai soalan yang ingin  mereka tanyakan. Berdasarkan pengalaman yang lepas, pelajar datang dengan tangan kosong, dan mereka mula bertanya tanpa satu fokus yang jelas. Semalam, saya meminta pelajar yang ingin berjumpa untuk mendapatkan maklumat berkaitan muzium. Berikut inilah soalan yang ingin mereka tanyakan.

1. Apakah itu muzium universiti menurut Encik Aziz?

2. Apa perbezaan muzium biasa dengan muzium universiti terutama di UM?

3. Apakah pihak jabatan muzium universiti di UM menerima sumbangan koleksi artifak peribadi untuk

    dipaparkan di muzium atau galeri di sini?

4. Apa itu maksud konservasi menurut Encik Aziz?

5. Apa objektif dan misi utama penubuhan muzium universiti?

6. Bagaimana muzium dapat membantu masyarakat luar untuk memahami dan mengerti kesenian itu

    sendiri?

7. Apakah tanggungjawab muzium dalam membentuk hubungan terhadap masyarakat?

8. Apakah peranan muzium dalam bidang pendidikan?

9. Bagaimana pihak muzium dapat berkongsi pandangan dari segi budaya dan warisan?

10. Adakah muzium UM terlibat dengan Majlis Muzium Antarabangsa?*

*Kepada pelajar yang bertanya, identiti anda dirahsiakan. Salinan ini hanya sekedar untuk mempertajam fikiran dan mencari solusi kepada soalan anda. 

Sekiranya anda seorang yang berkecimpung dalam dunia permuziuman, sila jawab untuk memahirkan ilmu permuziuman anda.

Abd Aziz Rashid

2 Jun 2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan: Profesor Mamoru Abe 1

Pagi-pagi ini, terima panggilan dari Prof Mamoru Abe dari University of Education, Fukuoka, memaklumkan dia berbesar hati dan senang selama berada Kuala Lumpur dari 28 April - 18 Mei 2017 yang lalu. Dalam perbualan singkat melalui wassup ini, beliau memaklumkan tulisan kuratorial beliau akan dikirimkan ke Universiti Malaya pada pertengahan Jun 2017, bersama tulisan seorang kurator galeri dari Shimazu. Tulisan beliau dalam bahasa Jepun dan terjemayhan bahasa Inggeris. 

Saya juga telah bermesyuarat dengan En Juhari untuk menyiapkan draf pertama penuliosan tentang Surveyed Map Mamoru Abe di Kuala Lumpur pada pertengahan Jun beberapa hari yang lepas. Bagi saya, moment seperti ini penting untuk dicatitkan kerana dalam pengurusan galeri dan penulisan kuratorial, perkara-perkara seperti ini amat penting dalam memastikan.   

Prof Mamoru Abe (Japan) and Prof Khai (Taiwan) received

by Dr Edzan. Foto dirakam semasa semasa Projek Asian

Master Series (II) Surveyed Maps, oleh Prof Abe. Mei 2017

Prof Ramlan Abdullah (UiTM) dan Anees Maani (Jordan) @ Studio Akal Di Ulu, Juhari Said. Mei 2017
Bertamu ke Studio Encik Juhari Said, Akal di Ulu. [En Juhari (Malaysia), Ambi (Filipina) dan Faizal Suhif (Malaysia) Mei 2017 En Juhari dan dua artis Jepun. Mei 2017
Di hadapan Studio En Juhari Said. Mei 2017 Prof Khai dan Mdm Bibi Chew (MIA) Mei 2017
Mei 2017 Kerja besi di Studio PM Ramlan Abdullah @ salah sebuah Taman Perindustrian di Selangor. Mei 2017

Abd Aziz Rashid

Mei  2017


CONTACT US:
Museum of Asian Art
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Tel  : 603- 7967 3805 / 7967 3936 /

         7967 3849

Fax : 603- 7967 3985
e-mail : zahirahnoor@um.edu.my
            azizras@um.edu.my