Catatan Kuratorial

  1. PORSELIN ZHANGZOW @ SWATOW, DINASTI  MING

Porselin Swatow mendapat nama sempena nama tempat penghasilannya di Zhangzow (Swatow) yang terletak di bahagian Tenggara China di daerah Kwantung. Nama tersebut diberi oleh para pedagang China sendiri. Terdapat sesetengah pendapat menyatakan bahawa porselin biru dan putih jenis ini telah diusahakan secara persendirian oleh individu-individu tertentu dari Zhejiang, Fujian dan Guangdong pada zaman awal penghasilannya. Menurut Syarikat Hindia Timur Belanda pula, Sungai Chincheuw merupakan kawasan asal penghasilan porselin jenis ini. Sungai Chincheuw bermaksud ‘Peraiaran Fukien’. Antara beberapa pelabuhan yang terdapat di kawasan ini ialah Chang-Chou, Ch’uan-Chou dan di sepanjang kepulauan Quemoy dan Amoy. Lokasi dapur pembakarannya atau dikenali sebagai tapak tanur tidak jelas diperkatakan walaupun para penyelidik telah mengesahkan bahawa porselin ini tidak dihasilkan di Swatow dan kawasan yang berdekatan dengannya. Swatow mula dihasilkan bermula pada pertengahan abad 16 sehinggalah tempoh akhir pemerintahan Dinasti Ming. India, Jepun dan Kepulauan Indonesia merupakan kawasan eksport  porselin Swatow kerana tempat penghasilannya di bahagian timur China. Rekaan porselin yang menarik yang terdapat ciri-ciri motif hiasan yang realistik serta dilakukan secara spontan telah menyebabkan ia sangat terkenal dan menjadikannya satu bahan permintaan yang tinggi di pasaran luar. Sebagai perincian, ciri-ciri porselin Swatow ialah bersaiz besar, kasar dan terdapat bekas-bekas kotoran di bahagian pinggan atau mangkuk dalam penghasilannya. Kebiasaannya, porselin Swatow dalam bentuk mangkuk dan kendi, berwarna biru kusam berglais, dan terdapat pasir yang melekat di bahagian dasar atau bawah. Antara motif hiasan yang terdapat dalam porselin Swatow ialah gambar ketam, badak sumbu, rusa, itik, udang lobster, naga, burung phoenix (fe’ng-huang)dan juga pemandangan. Terdapat juga unsur-unsur pengaruh barat dalam corak hiasan terutamanya dari aspek hiasan seperti gambar kapal Eropah dari Portugis dan Belanda. Selain itu, unsur-unsur pengaruh Islam ditonjolkan dalam penghasilan porselin untuk dieksport ke pasaran sebelah timur seperti tulisan ayat Al-Quran pada bahagian luar dan dalam badan porselin Swatow ini. Disebabkan penghasilan porselin ini dipelbagaikan  dengan unsur-unsur negara lain ia telah menjadikan porselin ini mendapat permintaan yang menggalakkan di pasaran luar. Kemerosotan penghasilan porselin Swatow seiring dengan zaman kejatuhan dinasti Ming iaitu pada abad ke 17 Masihi semasa zaman pemerintahan Maharaja Wan-Li tahun 1537-1619. Walaupun pada ketika itu tempahan porselin sangat menggalakkan iaitu beribu-ribu setahun namun terdapat kelemahan kualiti dan sentuhan artistik dalam penghasilannya. Hal ini berlaku disebabkan kesukaran memperolehi kobalt import serta tanah liat yang bermutu tinggi. Semasa zaman pemerintahan Maharaja T’ien Chi (1621-1627) dan Chung Cheng (1628-1645) iaitu zaman pemerintahan dinasti Ming terakhir, perusahaan porselin biru dan putih mengalami kejatuhan. Perindustrian porselin biru dan putih ketika itu mendapat saingan daripada perusahaan porselin dari Jepun. Hal ini disebabkan kebanyakan perindustrian porselin Swatow telah diambil alih oleh orang perseorangan di bahagian perairan tenggara pelabuhan China selatan dan tapak tanur Jingdezhen.

Rujukan:

 1) D.F. Lunsingh Scheurleer, Chinese export porcelain, Faber and Faber Limited, 3 Queen Square, London.

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#  I- Penyusunan Dokumen Resmi Muzium dan Galeri Universiti Malaya

Sejumlah dokumen berkaitan kaedah dan pertauran melaksanakan kerja di muzium telah diselaraskan. Salah satu prosedur kerja ini dinamakan sebagai Arahan Kerja. Proses dan dokumen ini di kawal selia oleh satu unit yang sangat berpengaruh iaitu QMEC.

Untuk membolehkan prosedur dan proses kerja ini didaftar dan seterusnya diterima pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan, ianya bukanlah mudah. Pembentangan di peringkat jabatan, PTj, Jawatan Kuasa Kualiti sehinggalah dikemukakan kepada Pengurusan Universiti, memerlukan penyelidikan, pemurnian dan sebagainya.

Ada 12 Arahan kerja yang telah diwujudkan, sedang di ‘streamline’kan supaya tidak terlalu banyak AK.

Antara arahan kerja (AK) yang sedang diteliti dan dimurnikan ialah AK Perolehan, Pameran, Inventori, Penerbitan, Penyimpanan dan Pendidikan.

Mudah-mudahan pihak kami di muzium dapat mencapai sasaran menyusun dokumen kerja resmi nya dalam masa terdekat (dalam masa 3 bulan). Mampukah?   

 

II

Seperti lazimnya, pelajar-pelajar yang ingin bertemu dan mendapatkan info lanjut tentang pemuziuman, akan saya minta terlebih dahulu senarai soalan yang ingin  mereka tanyakan. Berdasarkan pengalaman yang lepas, pelajar datang dengan tangan kosong, dan mereka mula bertanya tanpa satu fokus yang jelas. Semalam, saya meminta pelajar yang ingin berjumpa untuk mendapatkan maklumat berkaitan muzium. Berikut inilah soalan yang ingin mereka tanyakan.

1. Apakah itu muzium universiti menurut Encik Aziz?

2. Apa perbezaan muzium biasa dengan muzium universiti terutama di UM?

3. Apakah pihak jabatan muzium universiti di UM menerima sumbangan koleksi artifak peribadi untuk

    dipaparkan di muzium atau galeri di sini?

4. Apa itu maksud konservasi menurut Encik Aziz?

5. Apa objektif dan misi utama penubuhan muzium universiti?

6. Bagaimana muzium dapat membantu masyarakat luar untuk memahami dan mengerti kesenian itu

    sendiri?

7. Apakah tanggungjawab muzium dalam membentuk hubungan terhadap masyarakat?

8. Apakah peranan muzium dalam bidang pendidikan?

9. Bagaimana pihak muzium dapat berkongsi pandangan dari segi budaya dan warisan?

10. Adakah muzium UM terlibat dengan Majlis Muzium Antarabangsa?*

 

*Kepada pelajar yang bertanya, identiti anda dirahsiakan. Salinan ini hanya sekedar untuk mempertajam fikiran dan mencari solusi kepada soalan anda. 

Sekiranya anda seorang yang berkecimpung dalam dunia permuziuman, sila jawab untuk memahirkan ilmu permuziuman anda.

 

Abd Aziz Rashid

2 Jun 2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

#Catatan: Profesor Mamoru Abe 1

Pagi-pagi ini, terima panggilan dari Prof Mamoru Abe dari University of Education, Fukuoka, memaklumkan dia berbesar hati dan senang selama berada Kuala Lumpur dari 28 April - 18 Mei 2017 yang lalu. Dalam perbualan singkat melalui wassup ini, beliau memaklumkan tulisan kuratorial beliau akan dikirimkan ke Universiti Malaya pada pertengahan Jun 2017, bersama tulisan seorang kurator galeri dari Shimazu. Tulisan beliau dalam bahasa Jepun dan terjemayhan bahasa Inggeris. 

Saya juga telah bermesyuarat dengan En Juhari untuk menyiapkan draf pertama penuliosan tentang Surveyed Map Mamoru Abe di Kuala Lumpur pada pertengahan Jun beberapa hari yang lepas. Bagi saya, moment seperti ini penting untuk dicatitkan kerana dalam pengurusan galeri dan penulisan kuratorial, perkara-perkara seperti ini amat penting dalam memastikan.   

 

Prof Abe (Japan) and Prof Khai (Taiwan) received by Dr Edzan.  

Prof Ramlan Abdullah (UiTM) dan Anees Maani (Jordan)

Bertamu ke Studio Encik Juhari Said, Akal di Ulu. [En Juhari (Malaysia), Ambi (Filipina) dan Faizal Suhif (Malaysia)]

En Juhari dan dua artis Jepun. 

Abd Aziz Rashid

Mei  2017

 

 

CONTACT US:
Museum of Asian Art
University of Malaya,
50603 Kuala Lumpur.

Tel  : 603- 7967 3805 / 7967 3936 /

         7967 3849

Fax : 603- 7967 3985
e-mail : zahirahnoor@um.edu.my
            azizras@um.edu.my